Sunday, 13 December 2015


Perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk menjaga institusi kekeluargaan dan keturunan manusia. Perkahwinan adalah sunnah yang dinjurkan oleh Rasulullah saw. Antara hakikat perkahwinan yang harus diketahui ialah sebagai penyambung generasi manusia. Seperti firman Allah swt dalam Surah An-Nisa’ ayat 1:
“Wahai sekalian manusia bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari satu diri (Adam) lalu ia jadikan daripadanya isteri (Hawa), kemudian dikembangkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak.”
Selain itu, hakikat perkahwinan juga adalah untuk memelihara keturunan (Mustafa Daud, 1991). Sifat manusia yang dianugerahkan oleh Allah swt dengan naluri seks akan mudah terdedah dengan kebinasaan yang boleh merosakkan dan memusnahkan keturunan. Contohnya, melalui perhubungan seks bebas melahirkan anak luar nikah dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah dan sebagainya.

Melalui perkahwinan juga seseorang individu akan mendapat anak yang ramai. Anak yang soleh merupakan harta yang paling bernilai kerana memberi manfaat di dunia dan akhirat. Perkahwinan juga adalah jalan untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Dunia sebagai kebahagiaan jasmani dan rohani ibu, bapa dan anak-anak. Di akhirat pula akan mendapat ganjaran syurga.


Antara yang penting dalam hakikat perkahwinan ialah sebagai penyaluran naluri seks. Sekiranya disalurkan kepada tempat yang salah akan menimbulkan kemudaratan seperti penyakit syphilis, AIDS dan sebagainya. Institusi kekeluargaan akan menjadi hancur dan huru hara kerana lahirnya anak haram yang tidak diketahui nasab sebenar. 
Islam amat mementingkan umatnya supaya menjaga syariat yang telah diturunkan oleh Allah swt. Syariat ini adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kesejateraan umatnya. 

Wednesday, 18 November 2015


Diambil dari Majalah Dewan Tamadun Islam Siasah
Cetakan Oktober 2015
Isu semasa - ditulis oleh Wan Hishamudin Wan Jusoh, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin

Pada tahun 1974, homoseksualiti telah dikeluarkan daripada senarai dan telah diiktiraf akibat daripada tuntutan kumpulan hak asasi manusia. Bahkan telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Mereka beralasan bahawa lesbian dan gay bukannya penyimpangan seksual, tetapi merupakan bawaan sejak lahir kerana faktor keturunan atau kecenderungan semulajadi.

lantas, fenomena ini menyemarakkan lagi perjuangan LGBT. Hal ini semakin menular melalui laman sosial seperti facebook dan twitter dengan tema queer without feer bagi memperjuangkan hak mereka. Keberanian ini menunjuakkan bahawa pemikiran liberal telah berjaya menembusi pemikiran dan gaya fikir golongan ini.

Namun, adakah  isu ini belum berlaku ataupun sudah menular tanpa disedari di Malaysia? 
Apakah tindakan kita yang boleh diambil?
Marilah kita sama-sama berfikir dan bertindak bagi menangani isu ini.

Tuesday, 3 November 2015

hayatilah kisah Nabi Luth...
Ambillah ibrah daripada hukuman yang Allah swt turunkan
Adakah kita masih mahu mengingkari suruhan-Nya

http://www.islamicguidance.co/ 

Tuesday, 27 October 2015

Permasalahan telah banyak berlaku dan menimbulkan seribu macam persoalan di kotak minda. Kehidupan kita sudah semakin menjauh daripada tradisi Islam yang dahulunya pernah menjadi tamadun yang amat dikagumi.
Adab yang utama sudah hilang bersama kerakusan mengejar kemajuan dunia.
Nilai yang meresap dalam jati diri bukan asal dari sumber yang benar.


Sunday, 25 October 2015